Thursday, January 14, 2010

Sukarnya menjadi mualaf

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Mengejutkan! Pada 29 November 2009, terbaca berita menggemparkan dalam Mingguan Malaysia mengenai seorang mualaf dirogol oleh ketua kepada sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ketika meminta pertolongan daripada mereka. Akhbar Cina tanpa usul periksa mengaitkan dengan persatuan Cina Muslim. Apakah tujuan akhbar ini yang sebenar. Saya tidak pasti persatuan Cina Muslim yang mana, tetapi sudah tentu bukan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Kenapa perkara ini harus berlaku? Amat memalukan sama sekali apabila seorang saudara Muslim cuba menumpang berteduh tetapi telah diambil kesempatan. Apakah salah mereka? Kenapa kita sanggup mengambil kesempatan terhadap mereka? Tidakkah mereka wajar dilindungi? Tidakkah kita terfikir akan imej Islam yang akan tercalar disebabkan oleh perbuatan jijik ini?


Apapun yang telah terjadi, semuanya di bawah ketentuan Allah SWT. Kita perlu mengambil pengajaran. Kita mesti mengambil pengajaran daripada setiap peristiwa yang berlaku sama ada baik atau buruk, terutamanya yang buruk.


Saya yakin peristiwa hitam ini tidak akan berlaku jika ada pusat perlindungan saudara Muslim yang berkali-kali telah saya bangkitkan. Kita sudah mempunyai terlalu banyak pusat latihan, latihan itu dan latihan ini. Malangnya, kita masih tidak mempunyai pusat latihan saudara baru atau saudara Muslim. Tempat untuk mereka berteduh setelah memeluk agama Islam. Sedangkan pusat tersebut boleh dibina dengan mudah menggunakan wang zakat yang dikutip hampir satu billion setiap tahun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Bukannya susah, ambil sahaja satu peratus, bukannya 10 peratus, daripada satu billion wang zakat, maka akan tersergamlah dengan megahnya pusat kebajikan atau latihan saudara Muslim. Mereka ada tempat mengadu dan berteduh. Malangnya, penantian ini tidak pernah kunjung tiba walaupun kita telah merdeka 52 tahun.


Persoalannya, kenapa susah sangat hendak membina pusat latihan atau rumah perlindungan saudara Muslim? Apakah kekangannya sehingga kita mengabaikan kebajikan mereka yang dijamin oleh Allah SWT dalam al-Quran? Jika saudara Muslim tidak penting, maka tidak perlulah diwujudkan jabatan atau unit khas pengIslaman mereka dan kebajikan mereka. Apakah kewujudan unit saudara Muslim sekadar untuk lakonan semata-mata untuk menunjukkan bahawa kita mengambil berat soal hidup mati saudara seMuslim?


Kenapakah hari ini bila sebut sahaja memeluk agama Islam, maka terbayang di wajah kita adalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) atau Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), bukannya pejabat agama? PERKIM dan MACMA hanyalah badan NGO. Kami tidak ada wang yang banyak. Kami tidak ada otoriti untuk ‘mengIslamkan’ mereka mengikut saluran undang-undang. NGO hanya membantu mengIslamkan mereka, tetapi dari segi dokumentasi dan aplikasi dan implikasi undang-undang, semua tertakluk kepada Jabatan Agama Islam setiap negeri. Siapakah seharusnya lebih berperanan, NGO atau pejabat agama Islam?


Saya ingin mengingatkan kita semua bahawa tidak semua mereka yang memeluk Islam diterima baik oleh keluarga mereka. Ada yang dihalau keluar rumah, tidak kurang yang dikasari, diugut bunuh atau dibunuh dan sebagainya. Masih ingatkah lagi kita satu keluarga India Muslim yang dibunuh dalam sebuah kontena di Sungei Way satu ketika dahulu? Sehingga ke hari ini saya masih menunggu jawapan siapakah pembunuh kejam itu? Pendek kata, memeluk agama Islam bukanlah suatu perkara mudah untuk dihadapi oleh saudara Muslim walaupun memeluk agama Islam itu amat mudah dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah. Itupun tidak mudah jika berhadapan dengan pelbagai birokrasi. Ini belum termasuk untuk mendapatkan bantuan yang sememang menjadi hak saudara Muslim.


Persoalan saya, bilakah keadaan ini akan berubah? Apakah kita harus mendengar peristiwa sebegini berlaku dan berulang lagi pada masa akan datang? Apakah tindakan proaktif kita? Ke manakah wang zakat yang dikutip sekian banyak setiap tahun? Apakah ia benar-benar disalurkan untuk kegunaan lapan asnaf tersebut yang perlu disusun mengikut keutamaan dakwah Islamiyyah hari ini?


Masih terbayang 24 tahun lalu ketika mula-mula memeluk Islam pada usia 20 tahun. Saya tidak mendapat satu senpun duit zakat, tidak ada follow up. Hidup bersendirian setelah memeluk Islam. Tiada siapa yang peduli kecuali seorang dua kawan baik saya. Nasib baik saya seorang lelaki, bayangkan jika saya seorang wanita. Saya tidak perlu ceritakan secara terperinci, cukuplah dengan mengatakan bahawa hidup sentiasa berada dalam ketakutan. Nak balik rumah takut dengan tindakan-tindakan di luar jangka. Maka berligar-ligar saya di sekitar ibu kota mencari rezeki dan sesuap nasi, sementara menunggu kemasukan ke universiti.


Perjalanan saya memeluk Islam amat panjang. Penuh ranjau dan duri. Sedikit sahaja yang manis, terlalu banyak yang pahit untuk ditelan. Pemelukan terhadap agama Islam bukan saya ditentang, malahan dihina dan dikeji oleh adik-beradik, sahabat handai dan saudara mara yang tidak Islam. Tidak kurang yang memandang hina dari kalangan yang sudah Islam. Kepada yang bukan Islam, saya tidak menyalahkan mereka, sebab mereka tidak memahami Islam. Mereka hanya mendapat gambaran Islam melalui perlakuan dan tindak-tanduk orang yang dilahirkan Islam terutama orang Melayu dan Arab.


Jika buruk mereka, maka buruklah Islam. Islam dikaitkan dengan bangsa. Itulah kefahaman mereka. Saya tidak tahu sama ada ia sengaja disalahfahamkan atau memang ia adalah satu salahfaham. Sepanjang pengetahuan saya, gambaran Islam tidak dapat diperolehi daripada sumber yang sebenar. Dengan sebab itu, terlalu banyak gambaran dan gelaran yang negatif terhadap orang Islam. Saya ingat ia hanya berlaku 24 tahun yang lalu. Tetapi sehingga kini gambaran itu tidak banyak berubah.


Bila keadaan ini berlaku, kita perlu bertanya kenapa sekian lama masih tidak berubah? Di manakah silapnya? Pada saya semua berpunca daripada imej yang kita paparkan kepada mereka. Masuk Islam masuk Melayu. Masuk Islam, menjadi sengsara, merempat meminta pertolongan. Sepatutnya, keadaan sebegini tidak berlaku, sebab kita ada institusi yang mampu menjaga mereka. Sedangkan ia tidak berlaku apabila mereka memeluk Kristian. Kristian dikaitkan dengan barat yang membawa imej positif. Masuk Kristian, dialu-alukan dengan karpet merah. Tidak merempat, ada tempat perlindungan. Malahan mereka dilatih untuk menjadi tenaga penggerak dakyah Kristian.


Hari ini saya masih boleh bernafas untuk terus memperjuangkan Islam, hanya kerana saya memeluk Islam kerana saya faham dan menghayati Islam. Jika saya seperti mereka yang memeluk Islam kerana sesuatu, apakah mungkin saya telah murtad pada hari ini? Saya tidak tahu, semuanya di bawah ketentuan Allah SWT. Tetapi saya yakin, mereka yang kosong jiwa akan mengambil jalan pintas.


Bayangkan mereka yang tidak ada asas kukuh, memeluk Islam kerana ingin berkahwin dan tujuan lain. Ke manakah tempat untuk mengadu apabila rumah tangga berantakan, bercerai-berai dan beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi. Jika mereka tidak berfikir panjang, maka murtad adalah penyudahnya. Amat malang apabila mereka ini pula yang akan menjadi penentang kepada agama Islam. Banyak kes yang telah berlaku, apabila mereka memeluk Islam tanpa latar belakang yang kukuh, apabila masalah menimpa, mengambil jalan singkat untuk murtad. Musuh-musuh Islam mempergunakan mereka. Islam ditentang oleh mereka yang pernah memeluk Islam atau murtad.


Saya ada ramai rakan yang telah memeluk Islam sekian lama, tiba-tiba mahu kembali murtad. Saya bertanya, kenapa? Mereka menceritakan bahawa sekian lama berkahwin dengan orang Islam, mereka tidak pernah dibimbing atau diajar dengan mendalam erti kalimah syahadah. Apatah untuk bersolat. Hidup mereka happy go lucky. Tidak ada perubahan seperti sebelum dan selepas memeluk Islam. Ilmu tidak meningkat, malahan menjadi lebih buruk, apabila pasangan mereka berperangai lebih buruk daripada mereka yang bukan Islam.


Bayangkan ada satu pasangan yang telah 24 tahun berkahwin, suaminya adalah saudara Muslim tidak pernah diajar bersolat. Sekian lama bersama hidup dalam sebuah keluarga, tidur sekatil, tidak ada bimbingan dan tunjuk ajar. Jiwa kosong dan hampa. Tiba-tiba sisuami tidak semena-mena terjumpa dengan seorang gadis Kristian. Gadis tersebut mengajarnya apa itu Kristian dan Nabi Isa. Secara tiba-tiba suami terbuka hati dan terpikat dengan Kristian. Akhirnya, murtadlah sisuami. Siapakah yang bersalah? Siisteri atau pejabat agama? Jangan kita menuding jari siapa yang salah, siapa yang benar? Tetapi lihatlah apa yang salah, apa yang benar?


Apa yang salah dan apakah yang benar?


1. saudara Muslim dibiarkan tanpa bimbingan. Kita jarang bertanya keperluan mereka, yang ada hanya kata-kata sindiran bila mereka datang meminta bantuan. Tidakkah boleh kita melayan mereka dengan baik seperti guru-guru tadika mengajar anak-anak mengenal Islam, penuh sabar dan tekun?

2. pasangan yang dikahwini yakni lahir Muslim tidak membimbing saudara Muslim malah perangainya lebih buruk daripada bukan Islam. Bukankah sepatutnya mereka yang lahir Islam sepatutnya memberikan bimbingan kepada mereka yang baru Islam. Jika tidak mampu, buatlah sesuatu supaya ada peningkatan. Jangan biarlah diri kita terus jahil. Kejahilan itu amat bahaya kepada akidah Islam.

3. tidak ada follow up daripada pejabat agama. Pernahkah kita bertandang ke rumah mereka? Jumpa ibu bapa mereka. Tanya mereka, apakah mereka menimbulkan masalah setelah memeluk Islam. Apakah mereka memerlukan bantuan dan pertolongan? Amat jarang perkara ini dilakukan.

4. akhbar atau media massa selalu mensensasikan cerita-cerita buruk atau negatif mengenai orang Islam. Sedangkan kes-kes yang berlaku bersifat terpencil. Kebaikan orang Islam jarang ditonjolkan, keburukan orang Islam disensasikan. Adakah ini berbaloi dalam mempamerkan imej Islam.

5. layanan terhadap saudara Muslim ibarat peminta sedekah. Bila datang ke pejabat agama, sudah ada persepsi negatif bahawa mereka mahu bantuan duit zakat. Apakah salah mereka meminta duit zakat? Duit zakat itu bukan bapak kita yang punya, tetapi ia adalah hak mereka yang berada dalam kategori 8 asnaf. Apakah rugi jika kita sedekahkan kepada mereka sedangkan kita kutip saban tahun dalam jumlah yang begitu besar? Janganlah kerana satu ratus ringgit, mereka perlu tunggu sehingga satu minggu. Pada saya, jika sepuluh ribu ringgit boleh membawa saham besar kepada Islam, apakah nilai sepuluh ringgit itu berbanding dengan satu billion. Kita boleh berbelanja begitu besar untuk pertunjukan hiburan dan artis-artis, kenapa terlalu berkira dengan saudara Muslim.

6. sebenarnya, kita memandang rendah terhadap saudara Muslim. Jika kita bersangka baik dahulu terhadap saudara Muslim, saya tidak fikir akan berlaku kejadian-kejadian buruk seperti yang diceritakan.

7. pernahkah kita bertanya khabar atau mengambil nombor telefon mereka? Kita akan telefon mereka setiap minggu atau setiap bulan, bertanya khabar dan keadaan hidup mereka? Adakah semakin baik atau sebaliknya setelah memeluk Islam?

8. sedarlah bahawa kursus selama seminggu yang disediakan kepada mereka adalah tidak cukup untuk mengatakan bahawa kita telah melakukan follow up. Tambahkan kakitangan pejabat agama. Buat lawatan khusus dari rumah ke rumah setiap bulan. Kalau tidak mampu, hubungilah mereka melalui telefon.

9. tidak memahami prioriti atau keutamaan dalam berdakwah. Kita sepatutnya mengetahui siapa sasaran dakwah kita berasaskan formula bilangan penduduk. Orang Cina 25 peratus, India 8 peratus, bumiputera Sabah Sarawak 10 peratus dan orang asli 5 peratus. Hari ini kita ada unit dakwah orang asli, apakah wujud unit dakwah orang Cina, orang India dan bumiputera Sabah dan Sarawak?

10. kita lantik senator-senator mewakili parti, etnik, NGO dan golongan tertentu, termasuk orang asli, tetapi adakah senator di kalangan saudara Muslim turut dilantik?

11. jangankan dilantik sebagai senator, saya amat jarang melihat saudara Muslim dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pernahkah kita terfikir atau terbayang untuk melantik saudara Muslim menjadi pengarah, jabatan agama Islam negeri-negeri? Kalau tak banyak, satupun jadilah. Adakah permintaan ini terlalu besar?


Banyak lagi perkara yang boleh dihuraikan. Cukuplah setakat ini dahulu. Fahami lah wahai saudara seIslamku, memeluk agama Islam tidak semudah yang disangka. Memang kami ini ibarat kain putih seperti bayi yang baru lahir. Tetapi, apakah cukup sekadar berhenti setakat itu sahaja? Berbangga dengan tidak ada dosa selepas memeluk Islam, selepas itu dibiarkan begitu sahaja. Di manakah semangat persaudaraan sesama Islam?

32 comments:

  1. Saya ada beberapa orang rakan saudara baru, Mereka saya anggap seperti saudara sendiri. Malangnya salah seorang dari mereka telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberi sehingga sanggup menggelapkan wang sehingga jutaan ringgit. Kes ini berlaku di Negeri Johor, diantara yang terpedaya adalah pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam sendiri. Bahkan rakan-rakan saudara baru juga teraniaya. Ramai yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa perkara ini termasuk saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Betul ustaz..saya setuju sangat..mmg tak ada pusat perlindungan atau follow up..semua terserah pada individu sama ada nak attend kelas atau tidak..

    aduhh..takot dgr cerita ustaz nih.. risau juga my sis inlaw yg mualaf...

    ReplyDelete
  3. Saya sudah lama menjadi seorang "muallaf" di Malaysia ini. Saya tak tahu kalau saya masih boleh disebut sebagai seorang muallaf kerana sudah 35 tahun memeluk Islam.

    Saya nak ceritakan sedikit di sini. Kalau saya ada berjumpa dengan seorang muallaf yang baru peluk Islam , saya akan bercakap dengan dia sedikit kemudian bagi dia wang ...kerana berterima kasih sebab dia masuk Islam. Saya tak kira samada dia itu seorang miskin mahupun jutawan ..biasanya saya bagi dia RM10 , sekadar yang saya mampu.

    Baik ....saya nak buat teguran tehadap masyarakat Melayu. Orang Melayu sendiri tidak faham kenapa orang masuk Islam disebut "muallaf". Maksud istilah itu ialah berjinak-jinak dengan dengan Islam. Ini kerana perbuatan dia peluk Islam itu menunjukkan dia memberi sokongan moral ugama Islam. Dan setiap orang yang sudah lama menjadi Muslim patut memunjukkan sokongan (support) terhadap orang masuk Islam. Berilah dia sekadar kita mampu ..50 sen , RM1 , RM5 atau RM10.

    Sekalipun dengan pemberian kita boleh menyebabkan dia menjadi kaya ....kita berilah kepadanya kerana dari satu segi dia akan merasa bahawa dia tidak akan menjadi susah kerana masuk Islam. Lebih ramai lagi orang masuk Islam adalah lebih baik ...kerana itu adalah sokongan moral terhadap Islam.

    Soal dia masuk Islam ikhlas atau tidak ialah soal kedua. Adalah menjadi tanggungjawap kita memberi tarbiyah kepada mereka yang muallaf. Mereka akan melihat sikap kita yang perihatin terhadap kesusahan mereka ..kalau-kalau mereka ada menghadapi apa-apa kerumitan.

    Apa yang saya lihat ialah ramai orang Melayu menganggap orang muallaf macam mereka itu peminta sedekah. Padahal nama muallaf juga bererti kita wajib mendekati mereka dan memberi bantuan ..itu hak mereka.

    Ada orang Melayu kalau nak bagi RM1 kepada seorang muallaf nampak semacam satu beban. Kalau dia hadir majlis kenduri makan ...RM100 dia boleh bagi kerana mahu menunjukkan dia berbudi dan jasanya mahu dikenang....kerana yang menerima itu kawan dia yang dia segani atau mengharap orang itu membalas budinya.

    Kadang-kadang saya sendiri yang menyedari kerenah orang Melayu akan membawa seorang muallaf and meminta orang Melayu memberi derma kepada si muallaf itu. Kerana bosan dengan "ceramah" saya ...maka si Melayu tu bagilah 50 sen. Tapi ada juga orang Melayu yang cukup tertarik dengan ceramah saya itu ...ada yang dengan gembiranya memberi RM10 .....

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,
    Macam mana sy nak contact tuan?can u give me ur email address..
    I'm a student from Universiti Teknologi Petronas.
    I need ur clarification..=)
    anybodyisme@gmail.com

    Tq..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, ustaz.

    Setuju dgn pendapat ustaz, tetapi dgn hanya memaparkan di blog ustaz, golongan yang membaca artikel ini hanyalah golongan yang mengiyakan, tetapi tidak melakukan apa2.

    Cadangan saya ustaz agar diusulkan diwujudkan persatuan utk para mualaf2 ini. Dengan ini kita boleh mengutip dana dan membantu bukan hanya sekadar yang mampu, tetapi dengan sebaik mungkin!

    Semoga terbela nasib mualaf2 ini... dan semoga kita boleh menyatukan kaum2 di bawah satu agama, iaitu agama ISLAM!

    ReplyDelete
  6. sy sebagai orang muslim yg asal sgt2 bersetuju dgn Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah n yg lain2 kerana dapat melihat dgn dalam permasalahan yg dihadapi n cadangan yg diutarakan. sy bersetuju tp tak tahu "jalan" utk me"realitikan" cadangan itu. apakah yg boleh sy bantu setakat sokongan n wang zakat yg dikeluarkan setiap tahun. "ya ALLAH tunjukkan/permudahkan pintu hati bg orang2 yg berkuasa dlm urusan ini". wahai saudara seislamku, tabahkan hatimu dlm menghadapi kerenah ini, sebab hatiku juga taknak macan ni berlaku.moga2 ade penyelesaiannya nnt...

    ReplyDelete
  7. Kalau korang semua cakap pasal "Ketuanan Melayu" aje macam Perkasa sampai kiamat... kita (muslim) kat Malaysia kena Perkosa jugaklah... :D

    ReplyDelete
  8. I don't know why some Malaysians (regardless race) are very racist & extremist...

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum ustaz,

    Saya seorang mualaf,dah 20 tahun masuk islam,3 tahun lepas,kehilangan kerja dan punca pendapatan sebanyak 2 kali.Setiap tahun tak pernah tak bayar zakat,bilamana saya ditimpa kesusahan,tidak dapat bayar sewa rumah sampaikan terpaksa berhutang Along,isteri melayu saya yang tersayang mendesak saya pergi ke jabatan agama islam johor dan selangor untuk mendapatkan bantuan.setibanya di jab.agama,saya dengan secara rasminya diberitahu bahawa jab.agama johor berkenaan memang tidak ada apa2 bantuan untuk membantu orang seperti saya,saya pun tak heran,pasal saya orang cina,bukan nak hadap sangat bantuan dan bukan nak hadap sangat masuk islam disebabkan tarat bumiputera,itupun saya tak ada,yang saya tidak boleh tahan dan marah ni,ke mana duit zakat berjuta ringgit yang saya difahamkan unclaim di baitumal oleh seorang rakan saya ex-presiden mualaf,iaitu persatuan darul fitrah,sejak dari insiden itu,saya tidak mahu lagi membayar zakat,bagi zakat kat peminta sedekah kat tepi jalan lagi afdal,kalaulah anda mengganggap diri anda masih seorang islam,mahukah anda masih lagi memilih sebuah pimpinan kerajaan yang seban hari meluangkan satu malaysia,setakat menyakitkan telinga sahaja bagi saya,tetapi tak nampak pulak satu malaysia untuk dakwah islamiah?

    'hai saudara,mana ada lagi orang kafir nak masuk islam lagi lepas ini?,belum cukup lagi dengan ramai saudara baru yang murtad,apa yang pemerintah islam ini lakukan,tindak tanduk mereka seperti pandai cakap tak serupa bikin,baik tak payah ada jabatan agama islam di malaysia ini,cuba tengok sekarang terdapat tidak kurang dari 10 buah gereja kristian disetiap bandar,belum lagi diambil kira yang baru nak tumbuh macam cendawan,mereka berwibawa tidak seperti pemerintah kita yang namanya hanya islam setakat untuk digantungkan pada nama i.c.sahaja.renung2kanlah saudara islam kita sekelian.

    luahan suara hati dari wan.mualaf.lama yang dizalimi pemerintah islam di negara sendiri,yang namanya malaysia,negara islam yang sekian lama masyhur didunia tetapi bukan lagi di hati rakyatnya.

    luahan hati dari wan.mualaf.lama yang dizalimi pemerintah islam hadiri dinegara islam sendiri.

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum ustaz,

    Saya telah memeluk agama Islam selama 12 tahun, tetapi sehingga kini tidak ada sesiapa yang sudi membimbing saya dalam hal-hal solat dan sebagainya. Semuanya saya pelajari sendiri melalui pengamatan dan menonton CD. Suami saya seorang Melayu Islam tetapi dia tidak mahu membimbing saya walaupun saya meminta, alasannya dia pun tidak kuasai betul-betul bacaan dalam solat. Di tempat kerja, saya sering dipinggirkan apabila status saya sebagai saudara baru terbongkar, sebab itulah setiap lima tahun saya akan mohon pertukaran. Keluarga saya juga meminggirkan saya daripada mereka. Saya lebih selesa berkawan dengan kawan-kawan yang saya kenali sebelum saya masuk Islam kerana saya tidak perlu berpura-pura di hadapan mereka. Saya hairan kerana walaupun saya bertudung semenjak dari mula-mula memeluk agama Islam lagi tetapi mereka yang pure Melayu ini tetap memandang hina pada saya, apa sahaja yang saya buat serba tidak kena pada pandangan mereka. Adakah Islam ini milik mutlak orang Melayu? Dahulu sewaktu masuk Islam, saya cuba mohon untuk dibin kan kepada nama ayah angkat saya tetapi pejabat agama Islam tidak membenarkan, begitu juga anak saya dari perkahwinan yang pertama. Dengan berbin kan Abdullah, saya merasakan sudah ada satu stigma di kalangan Melayu Islam ini untuk berprasangka terhadap golongan mualaf. Saya rasa sepatutnya kita ada satu persatuan untuk saudara baru ini agar kita semua dapat berkongsi masalah dan pendapat. Banyak lagi masalah yang saya hadapi sehinggakan kadang-kadang timbul juga soalan bodoh dalam diri ini " menyesalkah saya masuk Islam?" .

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah seperti inilah yg sewajibnya kita tangani dengan bijaksana

      Delete
    2. Assalamualaikum...

      Boleh tak jika puan minta izin suami untuk belajar di masjid atau surau berdekatan? Atau pun ajak dia ke masjid @ surau bersama... Tetapi cuba dgn cara yg baik supaya tiada perbalahan...Harap dapat membantu pn & saya, Insy'Allah...

      Delete
  11. saya baru nak masuk islam,sudah baca artikal ini ,jadi serbasalah pulak

    ReplyDelete
  12. Sdr Turbo909, janganlah takut atau jadi serba salah. Islam tidak salah. Islam itu syumul, kamil dan syamil. Cuma manusia itu yang menyusahkan. itulah yang cuba kita perbetulkan. Jangan sdr salah faham antara agama dengan perbuatan manusia.

    ReplyDelete
  13. Ustaz, saya ingin tanya, saya cadang nak jadi seorg muallaf, adakah saya layak mohon tempat teduh kerana, saya wajib pindah dari rumah asal saya sekarang. saya akan kehilangan tempat teduh, di manakah harus saya pergi?

    ReplyDelete
  14. Ustaz, saya ingin tanya, saya cadang nak jadi seorg muallaf, adakah saya layak mohon tempat teduh kerana, saya wajib pindah dari rumah asal saya sekarang. saya akan kehilangan tempat teduh, di manakah harus saya pergi?

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum Ustaz,saya seorang muslimah yang asal sangat sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh golongan muallaf.Dan rasa terpanggil untuk sama sama membantu tetapi tidak tahu caranya.

    Bolehkah orang biasa seperti saya ingin membuka tempat perlindungan dan apakah prosedur dan syaratnya.
    Kalau Ustaz boleh memberi bimbingan tentang cara dan prosedur untuk membuka tempat perlindungan kepada mereka yang memerlukan,,saya amat berbesar hati.

    Saya boleh dihubungi di 012 2986740 atau mrm_abubakar@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya , masih ramai orang Islam asal di lahirkan Islam ingin menghulur bantuan tetapi tidak ada satu badan atau persatuan yang boleh mengurus dan organise secara sah dari segi undang undang segala bantuan yang ingin di hulurkan kepada golongan muallaf..

    Ustaz bantulah dari segi tunjuk ajar dan khidmat nasihat bagaimana untuk menubuhkan sekurang kurangnya tempat teduh kepada golongan ini yang sah dari segi undang undang.Saya bersedia membantu dan merealisasikannya..kerana siapalah kita sebagai rakyat biasa untuk menukar cara bagaimana sesebuah kerajaan itu bekerja dan berfungsi dengan adil dan memahami keperluan rakyat.Tak perlu mengambil kira golongan muallaf atau tak..tapi mereka itu masih rakyat Malaysia yang amat memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  17. Hidayah chew abd. assalamuaikum ustaz saya seorang muallaf dan telah memeluk islam selama sepuluh tahun. saya bersimpati dengan kisah-kisah muallaf yg dipamerkan diatas. saya mengaku diri saya tidak dihargai oleh keluarga ipar islam, setelah saya memeluk islam. walaupun mereka sibuk macamana sekalipun atau masing2 ada masalah keluarga, janganlah layan saya sebegini . saya belajar puasa atau islam melalui siaran agama tv .bila saya berdepan dgn masyarakat cina diluar sana, mereka tak berapa nak layan saya. apa saya patut buat? saya tak ada kawan. suami saya bekerja, masa kerja pulak tak menentu, masa utk keluarga dan anak2 pun tak ada masa. saya ingin mengaji tapi ada masalah transport.saya mempunyai 2 orang anak yg dah bersekolah.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum....saya bersetuju dengan perkara yang diutara oleh ustaz...ramai yang kurang mengambil kisah tentang golongan ini...pada masa yang sama saya berdoa semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita. namun, saya ada pertanyaa sedikit...saya bukanlah dari golongan saudara baru ini, tapi saya berminat untuk mengkaji tentang golongan ini. saya ingin tau, betul kah tanggapan yang mengatakan golongan wanita lebih ramai memeluk islam berbanding lelaki? dan adakah cabaran wanita muallaf lebih besar berbanding lelaki?

    ReplyDelete
  19. no google account yet,
    first time

    ReplyDelete
  20. no google account yet,
    first time

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Ustaz
    Mungkin sy agak terlewat membaca artikel ini. Adakah artikel Ustaz ini telah mendpt apa2 feedback dr pihak berwajit termasuk kerajaan (di bwh kementerian berkenaan) ? Sy cuma ingin tahu.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wbt,Mohon syare.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum wbt,Mohon syare.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum, saya Shahidan dan saya sudi menjadi sahabat pada semua Mualaf. Jangan risau, selagi kita tidak lupakan Allah SWT pasti DIA tidak lupa juga pada kita. Ujian yang datang tanda DIA sayangkan kita. Positif lah diri, andai ada golongan-golongan manusia yang tidak mahu menerim Mualaf, maafkan mereka. Jumpa saya di ruangan Facebook (edan coba ivy).

    ReplyDelete
  25. Sesiapa yang membaca cerita ini harus sila bergembira dengan saya kerana saya merasakan ditolak dan kecewa sekali oleh Isteri saya dengan cara yang sama seperti mana-mana lain lakukan dengan kesedihan hati sebelum i bertemu Dr orinoko On line e-mel saya adalah firstaxo@gmail.com. Isu saya dengan rakan sekerja, dia sentiasa istexting mereka walaupun selepas saya memberitahunya bagaimana saya berasa mengenainya. Dia akan berhenti untuk seketika dan kemudian mula seluruh. Dia sentiasa memberitahu saya bagaimana lemak dan lama ini Lelaki tetapi saya tahu bahawa dia telah menggunakan bahawa sebagai gangguan untuk saya tidak mengesyaki beliau. Hari ini saya kini telah mendapat tahu dia adalah menubuhkan tarikh makan tengah hari dengan salah seorang daripada mereka. Saya tidak lagi boleh mengambilnya. Saya tidak faham mengapa dia terus melakukan perkara ini kepada saya. Beliau juga datang rumah lewat selepas kerja sekarang dan dia akhirnya pergi dan berpecah dengan saya, baik i berada di psikik tetapi semua yang sama. apa yang perlu saya lakukan? sehingga kawan saya memperkenalkan saya kepada seorang ahli sihir yang membantu untuk menyatukan kembali suaminya. mendapatkan dia dengan orinokosolutiontemple1@gmail.com anda boleh menghubungi beliau. jadi saya menggunakan ini cara untuk memberitahu orang bagaimana gembira dan berapa banyak i menghargai dr baik.

    ReplyDelete
  26. Asalamualaikum saya memeluk agama islam pada 2007.tapi saya mempunyi masalah untuk dalami agama islam ,kerna saya saudara baru,saya amat perlukan pembimbing tapi tak tahu mana nak cari .saya harap jabatan agama johore ,akan pertimbangkan keadaan saudara baru,janganlah pandang serong kamikami juga ingin bersama sama perjuangkan islam

    ReplyDelete
  27. Asalamualaikum saya memeluk agama islam pada 2007.tapi saya mempunyi masalah untuk dalami agama islam ,kerna saya saudara baru,saya amat perlukan pembimbing tapi tak tahu mana nak cari .saya harap jabatan agama johore ,akan pertimbangkan keadaan saudara baru,janganlah pandang serong kamikami juga ingin bersama sama perjuangkan islam

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...
    Saya sudah hampir 13 tahun memeluk agama Islam tapi saya mengaku saya teramat jahil ttg agama Islam...Sampai hari ini saya tidak tahu lgsg ttg Islam, mmg ada yg mengajar tapi maaf ckap, cara mereka sungguh tidak ikhlas kerana bila tiap kali berbicara,jawapan mereka ialah "dapat pahala tlg muallaf" yg dimana pd saat itu saya rskan mereka hanya mengejar pahala utk diri sendiri semata mata dr keihlasan mengajar muallaf seperti saya..Saya rs seperti dipermainkan oleh mereka...saya terumbang ambing dlm memahami hingga pernah seketika hampir membuat pilihan utk murtad drpd terus dibebani seperti ini...Hingga kini saya masih terfikir utk kembali ke agama asalku namun saya cuba utk memberi peluang utk mengenali Islam...hingga bila saya dapat bertahan..entahla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkm sue, saya melayu muslim. Izinkan saya membantu anda mengenali Islam

      Delete
  29. Assalamualaikum....saya sngat terharu setiap kali mengetahui sesiapa yg tlah terbuka pintu hidayah....sesungguhnya anda semua adalah insan2 yg telah ALLAH pilih........saya percaya org yg diberi hidayah olehNYA pasti dapat melakukan ibadat dgn hati yg penuh keikhlasan....percayalah hati2 insan terpilih seperti anda semua sentiasa dekat dgn ALLAH berbanding kami yg sedia islam sedari kecil....kesusahan yg anda semua lalui pasti ALLAH akan balas dgn ganjaran pahala berganda.... kuncinya hanya kesabaran....saya sbgai rakan seislam sentiasa mendoakan anda semua....jujur saya katakan, hati ini sgt cemburu dgn ganjaran yg anda bakal dpat daripadaNYA...... berbanding diri ini yg masih kurang ilmunya.......kuatkanlah iman anda semua........

    ReplyDelete