Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Rasuah adalah isu yang tidak pernah selesai sejak dahulu hinggalah masa kini. Keadaan tidak menjadi semakin baik, malah bertambah tenat. Semakin banyak kita bercakap tentang rasuah, seolah-olah semakin menjadi-jadi pulak ia.
Lebih menarik lagi kenyataan Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, Ahli Lembaga Disiplin UMNO, pada 31 Mac 2009 mencadangkan 5 perkara untuk memerangi rasuah iaitu, penguatkuasaan, pakej gaji yang menarik kepada kakitangan awam, mengurangkan birokrasi, ketelusan dalam mendapatkan dana politik dan pendidikan berterusan mengenai bahayanya rasuah.
Saya masih ragu-ragu soal penguatkuasaan, kerana agak sukar untuk melaksanakannya. Kadangkala pegawai penguatkuasa turut terlibat dengan rasuah atau mungkin terdapat favouritisme dalam menangani isu rasuah. Saya masih tetap dengan pandangan bahawa pendidikan mengenai betapa jijiknya rasuah mesti ditekankan. Rasuah jauh lebih jijik daripada makan babi. Jika umat Islam berjaya menanamkan jijiknya najis babi sehingga melihat binatang atau menyebut nama binatang inipun sudah menyampah, saya fikir kita perlu lakukan perkara yang sama terhadap rasuah.
Kita perlu ingat bahawa rasuah ini berlaku disebabkan oleh ada penerima. Tidak akan ada pemberi rasuah jika tidak ada yang menerima. Disebabkan ada penerima, maka pemberi terpaksa memberi rasuah. Jika tidak, pemberi rasuah tidak akan dapat ’keistimewaan’ atau ’projek’ yang dijanjikan.
Pendek kata, disebabkan ada penerimalah, maka ada pemberi. Jika kita bekerja dengan penuh integriti, saya cukup yakin tidak ada yang sanggup memberi rasuah. Secara rasional, mengeluarkan wang halal bagi tujuan haram agak berat untuk dilakukan manusia biasa, apatah lagi umat Islam, kecuali dalam keadaan terpaksa.
Malangnya, hari ini rata-rata penerima rasuah dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Ini kerana, majoriti mereka yang terlibat sektor perkhidmatan awam adalah orang Melayu Islam. Maka, kita dapat katakan bahawa, pemberi rasuah rata-rata orang bukan Islam, sebab mereka banyak terlibat dalam bidang perniagaan. Tidak ketinggalan segelintir orang Islam yang bergiat aktif dalam politik. Dalam kata lain, penerimanya adalah orang Islam dan pemberinya adalah bukan Islam.
Persoalannya, manakah yang lebih haram, walaupun kedua-duanya haram dan balasannya masuk neraka? Yang memberi atau yang menerima? Sudah tentu dalam hal ini yang lebih haram adalah yang menerima. Sebab, tidak ada yang akan memberi, jika tidak ada penerima. Yang menerima tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang, sedangkan yang memberi, terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan wang bagi tujuan haram tersebut.
Walaupun kedua-dua perbuatan memberi dan menerima itu haram, umat Islam mesti boleh membezakan bilamana haram bertemu dengan haram, yang mana lebih haram. Atau antara dosa dengan dosa, amalan mana lebih banyak dosa. Atau contoh lebih ekstrim lagi, antara neraka dengan neraka, neraka manakah yang paling azab sekali siksaannya.
Dalam Islam, setiap perbuatan atau amalan, akan dibalas mengikut keseriusan tahap sesuatu amalan itu. Dengan sebab itu, nikmat syurga dan siksaan neraka ada tahap-tahap atau tingkatan-tingkatannya. Jika semua orang masuk syurga, maka rugilah jadi orang Islam. Tidak perlu juga kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Begitu juga jika semua amalan baik masuk syurga yang sama, maka rugilah mereka yang beramal mencapai tahap paling baik atau terbaik dan penuh keikhlasan.
Sama halnya jika semua orang jahat masuk neraka yang sama, maka rugi mereka yang buat jahat sekadar ala kadar sahaja, kerana balasannya adalah sama dengan mereka yang buat amalan paling jahat. Maka, logiknya kita akan berfikir, lebih baik buat perkara yang paling jahat sebab balasannya sama dengan mereka yang jahat sikit-sikit.
Islam tidaklah sedemikian sifat. Amalan kita dinilai berasaskan sejauh manakah tahap keseriusan atau tingkatan yang dicapai sama ada baik atau buruk. Dengan sebab itu, syurga, neraka dan azab ada tahap-tahap tingkatannya. Sama juga hukuman di dunia ini, kesalahan ringan, hukuman lebih ringan. Kesalahan berat, sudah tentu hukumannya lebih berat sehinggalah sampai tahap paling serius iaitu hukuman mati.
Begitu dengan juga dengan pemberi dan penerima rasuah. Kedua-dua perbuatan ini haram dan masuk neraka. Yang manakah antara kedua-dua ini yang lebih haram, lebih berdosa dan masuk ke dalam neraka yang paling azab. Pada hemat saya, sudah tentu yang yang lebih azab adalah mereka yang menerima rasuah berbanding pemberi rasuah.
Contoh lain, adalah antara makan rasuah dengan makan daging babi. Yang manakah lebih haram, lebih berdosa dan lebih teruk siksaannya dalam neraka? Sudah tentu makan rasuah lebih haram, lebih berdosa dan lebih teruk siksaan neraka daripada perbuatan makan babi, walaupun kedua-duanya haram dan berdosa.
Perlu diingatkan bahawa dosa makan babi hanya melibatkan individu yang makan babi, tidak melibatkan ahli keluarga, masyarakat, negara dan agama. Dosa individu lebih mudah diampunkan oleh Allah SWT sebab pelakunya antara individu tersebut dengan Allah SWT, Yang Maha Pengampun.
Berbeza dengan dosa mengambil dan memakan rasuah. Terdapat beberapa tahap serius di sini iaitu mengambil (melibatkan yang memberi), kemudian menggunakannya untuk diri, keluarga dan masyarakat, sehingga boleh meruntuhkan agama dan negara.
Menggunakan hasil haram rasuah akan masuk ke perut. Jika dibelanja kepada orang lain, masuk ke perut orang lain seperti anak-anak, ahli keluarga dan rakan taulan yang tidak berdosa. Perut menerima hasil haram, walaupun bukan daging babi yang masuk ke perut.
Hasil haram yang masuk ke perut akan menjadi darah daging penerima rasuah dan keturunannya serta orang lain. Bermakna, dosa rasuah melibat orang ramai. Sedangkan yang memberi rasuah, mungkin hanya memberikan sekali sahaja kepada yang menerima dan tidak menggunakan wang rasuah tersebut.
Pendek kata, dosa menerima rasuah melibat orang ramai yang tidak berdosa. Bermakna dosa rasuah bertali-temali. Dosa kepada orang ramai perlu kepada permohonan maaf. Selagi permohonan maaf itu tidak diterima, selagi itulah dosa itu akan berada di situ. Allah SWT tidak mudah mengampunkan dosa melibatkan orang ramai, selagi tidak dimaafkan. Sedangkan dosa makan babi hanya melibat seorang individu sahaja.
Perkara ini perlu disedari oleh pemimpin dan penjawat awam hari ini. Menjadi pemimpin dalam organisasi (awam) dan politik bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah. Ia perlu dijaga, sebab pemimpin dahulu yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti dan bukannya rakyat yang dipimpin.
Sama juga seperti dosa ibubapa yang menyuapkan rezeki yang haram ke mulut anak-anak. Ibubapa yang akan dipertanggungjawab. Mereka akan adalah yang disoal oleh Allah SWT berbanding anak-anak. Dalam kata lain, pemimpin dalam semua kategori awam, swasta, politik dan bukan politik bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpin.
Justeru, usaha kepemimpinan negara untuk membenteras rasuah dalam segala sektor hendaklah disambut baik oleh semua pihak. Pada masa sama, pemimpin hendaklah menunjukkan contoh terbaik dalam menangani isu ini. Kita tidak jadi seperti kokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi. Jika ini berlaku, apa jua visi dan misi murni akan menemui kegagalan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail pernah berkata, alangkah bagusnya kalau rakyat Malaysia satu hari nanti dapat lebih dahulu memantapkan kedudukan dalam profesion dan dunia perniagaan, kemudian baru masuk politik seperti di Britian. Pesan saya kepada kaum pemuda kita jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan atau pekerjaan.
Kenyataan ini dari satu segi memang ada kebenarannya. Namun, tidak semestinya mereka yang tidak kukuh kedudukannya dalam profesion dan perniagaan, tidak boleh menjadi pemimpin. Cuma yang perlu dititikberatkan adalah apakah tujuan untuk menjadi pemimpin. Sekadar untuk memenuhkan kocek? Atau memikulkan amanah Allah SWT terhadap agama, bangsa dan negara. Jika amanah Allah SWT itu dijaga, maka kita akan dapat lihat betapa indahnya hidup ini tanpa rasuah, tetapi jika sebaliknya, maka tunggulah kehancurannya.
Kita amat mengharapkan kabinet baru Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, benar-benar dapat merealisasikan usaha untuk membenteras rasuah hingga ke akar umbi, seterusnya menanamkan rasa jijik rasuah itu lebih hina daripada makan babi.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMasaalah rasuah sepatutnya harus ditangani dari punca sebenar terjadinya kecenderungan untuk mengambil rasuah itu sendiri, saya pasti kebanyakan mereka pemakan dan juga pemberi rasuah mula2nya terpaksa memberi atau menerima rasuah tetapi kemudiannya menjadi suatu kebiasaan, umpama mereka yang baru belajar makan cili, mula2 tidak suka akan pedas tersebut tetapi apabila sudah biasa disajikan dengan makanan pedas, lama2 semakin suka dan tidak boleh tiada makanan pedas ketika makan.
Menangani rasuah tanpa mengetahui akar umbi punca masaalah tersebut samalah seperti Amerika memerangi keganasan dengan menghukum manusia membuta tuli sedangkan masalah utama terrorism itu sendiri berpunca dari masalah sikap hipokrit mereka terhadap palestin dan sokongan berat sebelah kepada Israel.
Pada pendapat saya punca utama manusia "berkecimpung" dengan makan rasuah adalah kerana ingin menampung kehidupan dengan harga barangan yang semakin meningkat. Kenaikan gaji dengan kenaikan harga barangan tidak setimpal maka akibatnya pendapatan "sampingan" harus dicari dan disebabkan generasi sekarang ini besarnya dengan mainan segera dari kotak dan bukan dengan kreativiti menghasilkan mainan dari hasil tangan sendiri maka mengambil rasuah samalah dengan mendapatkan nikmat segera dan bukan dengan kreativiti minda. Kawalan minda terhadap konsep hidup materialistik dan juga kurangnya iman juga menyumbang kepada sikap mengambil rasuah itu sendiri.
Mereka sering berkata "harga barang naik" tetapi pada hakikatnya nilai wang itu sendiri yang semakin hilang, ini yang mengurangkan kuasa membeli yang ada pada wang itu sendiri. Mengapa wang hilang nilai? Kerana nilainya berpindah ketangan mereka yang mengamalkan penipuan dan penindasan, bagaimana? Dengan memastikan seluruh ekonomi dunia ini dilaksanakan dengan sistem yang berlandaskan riba'.
Ya.. riba' lah punca sebenar masaalah sosial rasuah ini, sebab itulah Allah dan Nabi mengishtiharkan perang kepada mereka yang mengamalkan riba malah wang kertas itu sendiri adalah satu penipuan kerana nilai wang tersebut tiada didalamnya, Nilai wang tersebut ada ditangan mereka yang mengawal sistem kewangan itu sendiri.
Celakalah umat manusia diseluruh dunia ini terutama kepada umat Islam kerana yang mengawal sistem ekonomi dunia hari ini adalah Yahudi laknatullah dan kita umat islam baik dari pemimpin hinggalah ke rakyat jelata masih lena, masih buta, bergaduh sesama sendiri berebut "pop corn" sedangkan secara senyap kuasa dan kekuatan yang ada ditangan kita beralih kepada mereka.
Masanya untuk bangun dari lena yang panjang... berhenti "menyalak" pada pokok yang salah...
http://www.youtube.com/watch?v=4oJAZgTQs3Y